Wednesday, January 25, 2012

Aktiviti Di Kelab Mares pada Bulan February 2012

1. Sesi Tandatangan borang 9M Recommendation.

Semasa fleamarket ini anda boleh datang untuk mendapat tandatangan 9M untuk borang Recommendation untuk memohon callsign kepada yang baru lulus ujian RAE pada bulan Disember 2011.

2. Fleamarket kepada yang berminat untuk peralatan radio amatur baru dan yang lama.

Malaysian Amateur Radio Fleamarket akan diadakan:

Tarikh: 12 Feb 2012
Hari: Ahad Minggu Ke 2
Masa: 930am hingga 1500pm
Tempat: Kelab MARES, Petaling Jaya.(Bersebelahan Rumah Datuk Bandar PJ)

Makluman: Disebabkan Ahad 5hb February 2012 minggu pertama cuti Maulidur Rasul dan 7hb February 2012 cuti umum, Flea market Radio Amatur telah di anjak ke minggu kedua harap maklum.

Segala pertanyaan boleh hubungi 9M2SQL 017-6391632, 9W2WF 013-6283407. Datang beramai-ramai segala peralatan radio amatur baru dan lama ada dijual disini. Gerai yang akan turut serta ialah Wave Communication, One Communication dan Hameringcom. Jika ada rakan-rakan lain ingin turut serta berniaga di Fleamarket ini amat dialukan.