Tuesday, August 9, 2011

Majlis Berbuka Puasa MARES 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan ham di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya (Terbuka untuk ahli, bukan ahli dan SWL). Majlis ini akan diadakan secara "pot luck".

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan semua rakan-rakan radio amatur.

Kak Ani 9W2ATU dan kumpulan Biro YL telah bermurah hati untuk menyediakan bubur lambuk bagi sesi kali ini,dan persiapannya ditaja oleh 9M2RS.

Bagi pihak AJK MARES, kami ingin menjemput semua warga MARES dan warga radio amatur untuk sama-sama menyertai majlis ini, yang akan diadakan pada tarikh berikut:-

Tarikh: Sabtu, 20 Ogos 2011

Masa: 5:00PM - lewat malam.

Lokasi: Rumah Kelab MARES, 4A Jalan Tinggi 6/12, Petaling Jaya

Tentatif Aturcara majlis adalah seperti berikut:

11:00 AM - Persedian memasak dan gotong-royong membersihkan rumah kelab.
5:30 PM - Ketibaan jemputan
7:25 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7:45 PM - Jamuan
8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh
10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbukaRakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini,

jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi Kak Ani 9W2ATU (9w2atu@mares.org.my / 019-7735544) atau Hazali 9W2ZLH (9w2zlh@mares.org.my / 012-6581926).

Sumbangan wang tunai dan lain-lain bahan juga dialu-alukan. MARES memohon bantuan mana-mana ahli yang berkesempatan untuk membantu dalam menjayakan majlis ini. Sila hubungi Hazali 9W2ZLH untuk maklumat lanjut tentang bantuan yang diperlukan.

Diharap semua warga MARES dan rakan radio amatur, dapat menghadiri majlis ini. Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini.

Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas. Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.
73 de MARES